POLISI
PRIVASI
Kemas kini!
Polisi Privasi
kami telah dikemas kini pada 15 Mei 2018. Kami telah merombak Polisi Privasi secara
menyeluruh supaya dari tarikh ini dan seterusnya, Polisi Privasi ini dapat
memberikan butiran privasi mengenai cara kami menguruskan maklumat peribadi
anda untuk perisian dan perkhidmatan Periuk Nasi Pemanas Induksi Mi yang
disediakan oleh Chunmi.
Sila luangkan
sedikit masa untuk membiasakan diri dengan amalan privasi kami dan beritahu
kami jika anda mempunyai sebarang soalan.
KOMITMEN KAMI KEPADA ANDA
Polisi Privasi ini
menetapkan bagaimana ShangHai Chunmi Electronics Technology Co., Ltd. dan
syarikat sekutunya dalam Kumpulan ShangHai Chunmi Electronics Technology
("Chunmi", "kami", atau "kita") mengumpul,
menggunakan, mendedahkan, memproses dan melindungi apa-apa maklumat yang anda
berikan kepada kami semasa anda menggunakan perisian dan perkhidmatan Periuk
Nasi Pemanas Induksi Mi. Sekiranya kami meminta anda untuk
memberikan maklumat tertentu yang membolehkan anda dikenal pasti apabila
menggunakan perisian dan perkhidmatan Periuk Nasi Pemanas Induksi Mi, ia hanya
akan digunakan selaras dengan Polisi Privasi ini dan/atau terma dan syarat kami
untuk pengguna.
Polisi Privasi
direka dengan mengambil kira kepentingan anda, dan adalah mustahak bahawa anda
mempunyai pemahaman yang menyeluruh mengenai pengumpulan maklumat peribadi dan
amalan penggunaan kami, serta keyakinan penuh bahawa pada akhirnya, anda
mempunyai kawalan terhadap sebarang maklumat peribadi yang diberikan kepada
Chunmi.
Dalam Polisi
Privasi ini, "maklumat peribadi" bermaksud maklumat yang boleh
digunakan untuk mengenal pasti individu, sama ada dari maklumat itu sendiri
atau dari maklumat yang digabungkan dengan maklumat lain yang mana Chunmi
mempunyai akses kepada individu tersebut. Maklumat peribadi sedemikian
mungkin termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat yang anda sediakan kepada
kami atau muat naik, maklumat berkaitan peranti, dll.
Dengan menggunakan
perisian dan perkhidmatan Periuk Nasi Pemanas Induksi Mi, anda dianggap telah
membaca, memperakui dan menerima semua peruntukan yang dinyatakan di sini dalam
Polisi Privasi, termasuk sebarang perubahan yang mungkin kami buat dari semasa
ke semasa. Untuk mematuhi undang-undang yang diguna pakai, termasuk
undang-undang perlindungan data tempatan (cth. Peraturan Perlindungan Data Am
di Kesatuan Eropah), kami akan secara khusus mencari persetujuan tersurat
terlebih dahulu terhadap pemprosesan tertentu (cth. pengambilan keputusan
individu automatik) kategori khusus data peribadi. Kami komited untuk
melindungi privasi, kerahsiaan dan keselamatan maklumat peribadi anda dengan
mematuhi undang-undang terpakai, termasuk perundangan perlindungan data
tempatan anda. Kami juga komited untuk memastikan semua kakitangan dan ejen
kami memegang teguh kewajipan ini.
Kesimpulannya,
kami mahukan yang terbaik untuk semua pengguna kami. Sekiranya anda mempunyai
sebarang kemusykilan dengan amalan pengendalian data kami seperti yang
diringkaskan dalam Polisi Privasi ini, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data
kami di privacy@chunmi.com untuk menangani kemusykilan khusus anda. Kami
berbesar hati untuk menanganinya secara terus.
APAKAH MAKLUMAT YANG DIKUMPUL
DAN CARA KAMI BOLEH MENGGUNAKANNYA?
JENIS MAKLUMAT YANG
DIKUMPULKAN
Untuk menyediakan
perkhidmatan kami kepada anda, kami akan meminta anda memberikan maklumat
peribadi yang diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan tersebut kepada anda.
Jika anda tidak memberikan maklumat peribadi anda, kami mungkin tidak dapat
menyediakan anda dengan produk atau perkhidmatan kami.
Kami hanya akan
mengumpulkan maklumat yang diperlukan untuk tujuan tertentu, tersurat dan sah
dan tidak diproses selanjutnya dengan cara yang tidak sesuai dengan tujuan
tersebut. Kami akan mengumpul jenis maklumat berikut (yang mungkin atau mungkin
bukan maklumat peribadi):
Maklumat peranti: maklumat berkaitan peranti anda.
Sebagai contoh, ID Peranti, Nama Peranti dan Model Peranti.
Maklumat lokasi (hanya untuk perkhidmatan/fungsi khusus): apabila anda memasukkan maklumat lokasi
bandar anda, program memasak yang berkaitan boleh dipilih untuk meningkatkan
pengalaman pengguna.
Maklumat khusus kepada anda yang mungkin ditugaskan oleh
kami: kami mungkin
mengumpul dan menggunakan maklumat seperti ID dan nama samaran Akaun MI anda.
Maklumat lain: maklumat komen tentang resipi apabila
menggunakan perisian kami oleh ID Akaun MI, Resipi kegemaran dengan ID Akaun
MI.
Kami juga boleh
mengumpul jenis maklumat lain yang tidak dikaitkan secara langsung atau tidak
langsung kepada individu dan yang diagregatkan, dinyahnamakan atau dinyahkenal
pasti. Sebagai contoh, model peranti dan nombor versi sistem peranti Periuk
Nasi Mi pengguna mungkin dikumpulkan apabila menggunakan perkhidmatan
tertentu. Maklumat
sedemikian dikumpul untuk meningkatkan perkhidmatan yang kami sediakan kepada
anda.
BAGAIMANA MAKLUMAT PERIBADI
DIGUNAKAN
Maklumat peribadi
dikumpulkan untuk menyediakan perkhidmatan dan / atau produk kepada anda, dan pematuhan
undang-undang di pihak kami di bawah undang-undang yang terpakai. Anda dengan
ini bersetuju bahawa kami boleh memproses dan mendedahkan maklumat peribadi
kepada syarikat-syarikat bersekutu kami (yang mana terdapat dalam komunikasi,
media sosial, teknologi dan perniagaan awan), Penyedia Perkhidmatan Pihak
Ketiga (ditakrifkan di bawah) untuk tujuan yang dinyatakan dalam Polisi Privasi
ini.
Kami mungkin
menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan berikut:
· Menyediakan, memproses, mengekalkan,
meningkatkan dan membangunkan barangan dan/atau perkhidmatan kami kepada anda,
termasuk selepas jualan dan sokongan pelanggan serta perkhidmatan pada peranti
anda atau melalui laman web kami.
· Berkomunikasi dengan anda mengenai
peranti, perkhidmatan atau sebarang pertanyaan umum anda, seperti kemas kini,
sokongan pertanyaan pelanggan, maklumat mengenai acara kami, notis.
· Menjalankan aktiviti berkaitan pemasaran,
seperti menyediakan bahan pemasaran dan promosi dan maklumat terkini. Untuk
maklumat lanjut tentang aktiviti pemasaran dan promosi, sila rujuk bahagian
Pemasaran Langsung di bawah.
· Membenarkan anda menyiarkan komen di forum
awam.
· Menganalisis dan membangunkan maklumat
statistik tentang penggunaan produk dan perkhidmatan kami untuk memperbaiki
produk dan perkhidmatan kami dengan lebih baik.
· Mengoptimumkan prestasi peranti anda.
· Menyimpan dan menyelenggara maklumat
mengenai anda untuk operasi perniagaan kami atau kewajipan undang-undang.
Berikut adalah
butiran lanjut mengenai cara kami menggunakan maklumat anda (yang mungkin
termasuk maklumat peribadi):
· Membenarkan anda menyertai Forum
Chunmi. Maklumat peribadi
berhubung dengan Forum Chunmi atau platform Internet Chunmi lain mungkin
digunakan untuk paparan halaman profil, interaksi dengan pengguna lain,
menyertai forum.
· Meningkatkan pengalaman pengguna. Sesetengah ciri pilih-masuk, seperti
Program Pengalaman Pengguna, membolehkan Chunmi menganalisis data tentang cara
pengguna menggunakan Periuk
Nasi Pemanas Induksi Mi dan perkhidmatan Chunmi, untuk meningkatkan pengalaman pengguna,
seperti menghantar laporan ranap.
PEMASARAN LANGSUNG
Kami boleh
menggunakan nama, nombor telefon, dan alamat e-mel anda, ID Akaun Mi untuk
menyediakan bahan pemasaran kepada anda berkaitan dengan barangan dan
perkhidmatan syarikat Chunmi dan rakan perniagaan kami yang menawarkan
rangkaian, aplikasi mudah alih serta produk dan perkhidmatan awan. Kami hanya
akan menggunakan data peribadi anda setelah kami memperoleh persetujuan
tersurat anda sebelum ini dan melibatkan tindakan afirmatif atau petunjuk
tersurat bahawa tiada bantahan daripada anda selaras dengan undang-undang
perlindungan data tempatan, yang mungkin memerlukan persetujuan tersurat yang
berasingan. Anda berhak untuk tidak memilih cadangan kami mengenai penggunaan
data peribadi anda untuk pemasaran langsung. Jika anda tidak lagi mahu menerima
jenis komunikasi e-mel tertentu, anda boleh memilih keluar dengan menghantar
mel kepada privacy@chunmi.com. Kami tidak akan memindahkan data peribadi anda
kepada rakan perniagaan kami untuk digunakan oleh rakan perniagaan kami dalam
pemasaran langsung.
DENGAN SIAPA KAMI BERKONGSI
MAKLUMAT ANDA
Kami tidak menjual
sebarang maklumat peribadi kepada pihak ketiga.
Kami mungkin
mendedahkan maklumat peribadi anda dari semasa ke semasa kepada pihak ketiga
(seperti diterangkan di bawah) untuk menyediakan produk atau perkhidmatan yang
anda minta.
Pendedahan mungkin
dibuat kepada Penyedia Perkhidmatan Pihak Ketiga dan syarikat bersekutu yang
disenaraikan di bahagian ini di bawah. Dalam setiap kes yang dijelaskan dalam
bahagian ini, adalah diyakini bahawa Chunmi hanya akan berkongsi maklumat
peribadi anda mengikut persetujuan anda. Persetujuan anda
kepada Chunmi akan melibatkan
subpemproses bagi memproses maklumat peribadi anda. Anda harus tahu bahawa
apabila Chunmi berkongsi maklumat peribadi anda dengan Penyedia Perkhidmatan
Pihak Ketiga di bawah mana-mana keadaan yang dinyatakan dalam bahagian ini,
Chunmi akan menentukan secara kontrak bahawa pihak ketiga adalah tertakluk
kepada amalan dan kewajipan untuk mematuhi undang-undang perlindungan data
tempatan yang terpakai. Chunmi akan memastikan pematuhan secara kontrak oleh
mana-mana Penyedia Perkhidmatan Pihak Ketiga dengan standard privasi yang
terpakai kepada mereka dalam bidang kuasa tempatan anda.
BERKONGSI DENGAN KUMPULAN KAMI
DAN PENYEDIA PERKHIDMATAN PIHAK KETIGA
Bagi menjalankan
operasi perniagaan dengan lancar dalam menyediakan anda keupayaan penuh produk
dan perkhidmatan kami, kami mungkin akan mendedahkan maklumat peribadi anda
dari semasa ke semasa kepada syarikat-syarikat bersekutu Chunmi yang lain
(dalam komunikasi, media sosial, teknologi atau perniagaan awan), atau penyedia
perkhidmatan pihak ketiga kami yang merupakan pusat mel, penyedia perkhidmatan
penghantaran, syarikat telekomunikasi, pusat data, kemudahan penyimpanan data,
penyedia perkhidmatan pelanggan, penyedia perkhidmatan pengiklanan dan
pemasaran, dan wakil Chunmi kami. Penyedia Perkhidmatan Pihak Ketiga tersebut
akan memproses maklumat peribadi anda bagi pihak Chunmi atau untuk satu atau
lebih tujuan yang disenaraikan di atas. Jika anda tidak lagi mahu membenarkan
kami berkongsi maklumat ini, sila hubungi kami di privacy@Chunmi.com.
BERKONGSI DENGAN SYARIKAT
EKOSISTEM KUMPULAN KAMI
Xiaomi bekerjasama
dengan kumpulan syarikat yang hebat, yang bersama-sama membentuk Ekosistem Mi.
Syarikat-syarikat Ekosistem Mi adalah entiti bebas, dilaburkan dan dikembangkan
oleh Xiaomi, dan merupakan pakar dalam bidang mereka. Chunmi boleh mendedahkan
data peribadi anda kepada Xiaomi atau syarikat Ekosistem Mi yang lain untuk
menyediakan anda serta meningkatkan produk dan perkhidmatan yang menarik (baik
perkakasan dan perisian) daripada Ekosistem Mi. Sesetengah produk dan
perkhidmatan ini masih berada di bawah jenama
Xiaomi / Mijia / Mitu, sementara yang lain mungkin menggunakan
jenamanya sendiri. Chunmi akan mengambil langkah-langkah organisasi dan
teknikal yang sesuai untuk memastikan keselamatan data peribadi semasa proses
perkongsian maklumat, termasuk tetapi tidak terhad kepada penyulitan data
peribadi anda. Jika Chunmi terlibat dalam penggabungan, pengambilalihan atau
penjualan aset bagi semua atau sebahagian daripada aset kami, anda akan
dimaklumkan melalui e-mel dan/atau notis utama di laman web kami, untuk
sebarang penukaran pemilikan, penggunaan maklumat peribadi anda dan pilihan
yang anda ada mengenai maklumat peribadi anda.
BERKONGSI DENGAN ORANG LAIN
Chunmi boleh
mendedahkan maklumat peribadi anda tanpa persetujuan lanjut apabila diperlukan
di bawah undang-undang yang terpakai.
MAKLUMAT YANG TIDAK MEMERLUKAN
PERSETUJUAN
Kami boleh
berkongsi maklumat dan statistik dalam bentuk agregat dengan pihak ketiga untuk
tujuan perniagaan, contohnya dengan pengiklan di laman web kami, kami boleh
berkongsi dengan mereka mengenai trend penggunaan umum perkhidmatan kami,
seperti bilangan pelanggan dalam kumpulan demografi tertentu yang membeli
produk tertentu atau yang menjalankan transaksi tertentu.
Untuk mengelakkan
keraguan, Chunmi boleh mengumpul, menggunakan atau mendedahkan maklumat
peribadi anda tanpa persetujuan anda jika ia adalah dan hanya setakat yang
dibenarkan secara jelas di bawah undang-undang perlindungan data tempatan.
Pendedahan sedemikian boleh dilaksanakan atas keperluan untuk melindungi hak
kami, memastikan keselamatan anda dan orang lain, serta mematuhi syarat
kerajaan tempatan untuk memudahkan penyiasatan aktiviti yang menyalahi
undang-undang.
MENJAGA KESELAMATAN
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
Chunmi
Kami komited dalam
memastikan maklumat peribadi anda dilindungi. Bagi mengelakkan akses,
pendedahan atau risiko lain yang tidak dibenarkan, kami telah meletakkan
prosedur fizikal, elektronik dan pengurusan yang munasabah untuk menjaga dan
melindungi maklumat yang kami kumpulkan daripada penggunaan produk dan
perkhidmatan Chunmi serta pada laman web Chunmi. Kami akan menggunakan segala
usaha yang munasabah untuk melindungi maklumat peribadi anda.
Sebagai contoh,
apabila anda mengakses Akaun Mi anda, anda boleh memilih untuk menggunakan
proses pengesahan dua langkah kami untuk keselamatan yang lebih ampuh. Apabila
anda menghantar atau menerima data dari peranti Chunmi anda ke pelayan kami,
kami memastikan yang ia disulitkan menggunakan Lapisan Soket Selamat
("SSL") dan algoritma lain.
Semua maklumat
peribadi anda disimpan dalam pelayan selamat yang dilindungi dalam kemudahan
terkawal. Kami mengelaskan data anda berdasarkan kepentingan dan kepekaan, dan
memastikan maklumat peribadi anda mempunyai tahap keselamatan tertinggi. Kami
memastikan bahawa kakitangan kami dan Penyedia Perkhidmatan Pihak Ketiga yang
mengakses maklumat untuk membantu menyediakan produk dan perkhidmatan kami
kepada anda adalah tertakluk kepada kewajipan kerahsiaan kontrak yang ketat dan
boleh dikenakan tindakan disiplin atau diberhentikan sekiranya mereka gagal
menunaikan kewajipan sedemikian. Kami juga mempunyai kawalan akses khas untuk
storan data berasaskan awan. Secara keseluruhan, kami sentiasa menyemak
pengumpulan maklumat, amalan penyimpanan dan pemprosesan kami dengan kerap,
termasuk langkah-langkah keselamatan fizikal, untuk mengawal sebarang akses dan
penggunaan yang tidak dibenarkan.
Kami akan
mengambil semua langkah-langkah praktikal untuk melindungi maklumat peribadi
anda. Walau bagaimanapun, anda harus sedar bahawa penggunaan Internet adalah
tidak selamat sepenuhnya, dan atas sebab ini kami tidak dapat menjamin
keselamatan atau integriti mana-mana maklumat peribadi yang dipindahkan dari
pada anda atau kepada anda melalui Internet.
APA ANDA BOLEH LAKUKAN
· Anda boleh memainkan peranan anda dalam
melindungi maklumat peribadi anda dengan tidak mendedahkan kata laluan log masuk
atau maklumat akaun anda kepada sesiapa kecuali orang tersebut diberi kuasa
oleh anda. Setiap kali anda log masuk sebagai pengguna Akaun Mi di laman web
Chunmi, terutamanya pada komputer orang lain atau di terminal Internet awam,
anda harus sentiasa log keluar pada akhir sesi anda.
· Chunmi tidak boleh dipertanggungjawabkan
untuk ketirisan dalam keselamatan yang disebabkan oleh pihak ketiga yang
mengakses maklumat peribadi anda akibat daripada kegagalan anda untuk menyimpan
maklumat peribadi anda secara sulit. Walau apa pun yang dinyatakan di atas,
anda mesti memberitahu kami dengan segera jika terdapat penggunaan akaun anda
yang tidak dibenarkan oleh pengguna Internet lain atau sebarang pencerobohan
keselamatan yang lain.
· Bantuan anda akan membantu kami melindungi
privasi maklumat peribadi anda.
POLISI PENGEKALAN
Maklumat peribadi
akan disimpan selagi ia diperlukan untuk memenuhi tujuan ia dikumpulkan, atau
seperti yang diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai. Kami
tidak akan mengekalkan maklumat peribadi atau menghapuskan cara di mana
maklumat peribadi itu boleh dikaitkan dengan individu tertentu, dengan seberapa
segera sekiranya ia adalah munasabah untuk mengandaikan bahawa tujuan maklumat
peribadi itu dikumpulkan tidak lagi diperlukan dengan mengekalkan maklumat
peribadi tersebut. Jika proses
selanjutnya adalah untuk tujuan arkib demi kepentingan awam, tujuan
penyelidikan saintifik atau sejarah atau tujuan statistik mengikut
undang-undang berkenaan, data boleh disimpan selanjutnya oleh Chunmi walaupun
pemprosesan selanjutnya tidak serasi dengan tujuan asal.
Pada masa ini kami
menawarkan dua alternatif untuk pengguna memadam data pengguna.
Cara pertama ialah
mengosongkan data yang disimpan dalam perkakasan, yang boleh diselesaikan
dengan tekan dan tahan butang "Pemasa" dan "Mula" secara
serentak selama lima saat. Anda boleh menetapkan semula tetapan peribadi anda
selepas memutuskan dan menyambung semula bekalan kuasa.
Cara kedua adalah
memadam data yang disimpan dalam perisian, yang boleh diselesaikan dengan pergi
ke "Tetapan" dan memilih "Pulihkan Tetapan Lalai" untuk
menetapkan semula semua tetapan yang diperibadikan yang disimpan oleh aplikasi.
MENGAKSES CIRI-CIRI LAIN PADA
PERANTI ANDA
Aplikasi kami
mungkin perlu mengakses ciri-ciri tertentu pada peranti anda seperti status
rangkaian Wi-Fi. Maklumat ini digunakan untuk membolehkan aplikasi berjalan
pada peranti anda dan membolehkan anda berinteraksi dengan aplikasi. Pada
bila-bila masa anda boleh membatalkan kebenaran anda dengan mematikannya di
peringkat peranti atau menghubungi kami di privacy@Chunmi.com
ANDA MEMPUNYAI KAWALAN
TERHADAP MAKLUMAT ANDA!
TETAPAN PENGAWALAN
Chunmi mengakui
bahawa kebimbangan privasi berbeza bagi setiap orang. Oleh itu, kami memberikan
contoh-contoh cara Chunmi menyediakan anda untuk memilih untuk menyekat
pengumpulan, penggunaan, pendedahan atau pemprosesan maklumat peribadi anda dan
mengawal tetapan privasi anda:
· Log masuk dan keluar akaun Mi;
· Hidupkan/matikan perkhidmatan dan fungsi lain
yang mengendalikan maklumat sensitif atau peribadi.
Jika anda sebelum
ini bersetuju kami menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan yang
dinyatakan di atas, anda boleh mengubah fikiran anda pada bila-bila masa dengan
menulis atau menghantar e-mel kepada kami di privacy@Chunmi.com.
MENGAKSES, MENGEMAS KINI,
MEMBETULKAN ATAU MENGHAPUSKAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA
· Anda mempunyai hak untuk memohon akses
kepada dan/atau pembetulan apa-apa maklumat peribadi lain yang kami pegang
mengenai anda. Apabila anda mengemas kini maklumat peribadi anda, anda akan
diminta untuk mengesahkan identiti anda sebelum kami meneruskan permintaan
anda. Sebaik sahaja kami memperoleh maklumat yang mencukupi bagi memenuhi
permintaan anda untuk mengakses atau membetulkan maklumat peribadi anda, kami
akan memberikan tindak balas terhadap permintaan anda dalam tempoh masa yang
ditetapkan di bawah undang-undang perlindungan data anda yang terpakai.
· Satu salinan data peribadi anda yang
dikumpulkan dan diproses oleh kami akan diberikan kepada anda atas permintaan
anda secara percuma. Untuk sebarang permintaan tambahan maklumat yang sama,
kami boleh mengenakan bayaran yang berpatutan berdasarkan kos pentadbiran
sebenar mengikut undang-undang yang terpakai.
· Jika anda ingin memohon akses kepada data
peribadi anda yang dipegang oleh kami atau jika anda percaya apa-apa maklumat
yang kami pegang mengenai anda adalah tidak betul atau tidak lengkap, sila tulis
atau e-mel kami secepat mungkin ke alamat e-mel di bawah. E-mel:
privacy@Chunmi.com
· Bagi butiran berkaitan maklumat peribadi
dalam Akaun Mi anda, anda juga boleh mengakses dan menukarnya di http://account.mi.com atau dengan log masuk ke akaun anda pada
peranti anda.
· Sekiranya anda adalah pengguna Kesatuan
Eropah di bawah Peraturan Perlindungan Data Am (GDPR), anda mempunyai hak untuk
mendapatkan pemadaman maklumat peribadi anda daripada kami. Kami akan
mempertimbangkan alasan tentang permintaan pemadaman anda dan mengambil langkah
yang munasabah, termasuk langkah-langkah teknikal, jika alasan tersebut
terpakai kepada GDPR.
· Jika anda adalah pengguna Kesatuan Eropah
di bawah GDPR, anda berhak untuk mendapatkan sekatan pemprosesan maklumat
peribadi anda daripada kami. Kami akan mempertimbangkan alasan tentang
permintaan sekatan anda. Jika alasan tersebut terpakai untuk GDPR, kami hanya
akan memproses maklumat peribadi anda di bawah keadaan yang terpakai di GDPR
dan memaklumkan kepada anda sebelum pembatasan pemprosesan ditarik balik.
· Jika anda adalah pengguna Kesatuan Eropah
di bawah GDPR, anda berhak untuk tidak tertakluk kepada keputusan yang
berasaskan semata-mata tentang pemprosesan automatik, termasuk pemprofilan,
yang menghasilkan kesan undang-undang tentang anda atau yang sama sekali
menjejaskan anda.
· Jika anda adalah pengguna Kesatuan Eropah
di bawah GDPR, anda berhak untuk menerima maklumat peribadi anda dalam format
yang berstruktur, biasa digunakan dan menghantar maklumat tersebut kepada
pengawal data yang lain.
PEMBATALAN PERSETUJUAN
Anda boleh
membatalkan persetujuan anda bagi pengumpulan, penggunaan dan/atau pendedahan
maklumat peribadi anda dalam simpanan atau kawalan kami dengan mengemukakan
permohonan. Ini boleh dilakukan dengan menghantar e-mel kepada privacy@Chunmi.com. Kami akan memproses permohonan anda
dalam masa yang munasabah daripada masa permohonan dibuat, dan kemudiannya
tidak mengumpul, menggunakan dan/atau mendedahkan maklumat peribadi anda
mengikut permintaan anda.
Sila ambil maklum
bahawa pembatalan persetujuan anda boleh mendatangkan akibat undang-undang
tertentu. Bergantung kepada sejauh mana pembatalan persetujuan anda untuk kami
memproses maklumat peribadi anda, ini mungkin bermakna anda tidak akan dapat
menikmati perisian dan perkhidmatan Periuk Nasi Pemanas Induksi Mi.
PEMINDAHAN MAKLUMAT PERIBADI
DI LUAR BIDANG KUASA ANDA
Sejauh mana kami
perlu memindahkan maklumat peribadi di luar bidang kuasa anda, sama ada kepada
syarikat bersekutu kami (yang terdapat dalam komunikasi, media sosial,
teknologi maklumat, dan
perniagaan awan) atau Penyedia Perkhidmatan Pihak Ketiga, kami akan berbuat
demikian mengikut undang-undang yang terpakai. Khususnya, kami akan memastikan
bahawa semua pemindahan akan selaras dengan syarat di bawah undang-undang
perlindungan data tempatan anda yang terpakai dengan meletakkan perlindungan
yang sesuai. Anda akan
mempunyai hak untuk dimaklumkan tentang perlindungan sesuai yang diambil oleh
Chunmi untuk pemindahan maklumat peribadi anda
Chunmi boleh
menggunakan kemudahan luar negara yang dikendalikan dan dikawal
oleh Chunmi untuk memproses atau menyandarkan maklumat peribadi anda.
Buat masa ini, Chunmimempunyai pusat data di Beijing, Amerika Syarikat,
Singapura dan Jerman. Bidang kuasa di luar negara ini mungkin atau mungkin
tidak mempunyai undang-undang perlindungan data yang amat serupa dengan bidang
kuasa di negara anda. Kami boleh memindahkan dan menyimpan maklumat peribadi
anda di kemudahan luar negara kami. Walau bagaimanapun, ini tidak mengubah
mana-mana komitmen kami untuk melindungi maklumat peribadi anda mengikut Polisi
Privasi ini.
LAIN-LAIN
ANAK DI BAWAH UMUR
Kami menganggap
adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memantau penggunaan produk dan
perkhidmatan kami oleh anak-anak mereka. Walau bagaimanapun, polisi kami tidak
menghendaki maklumat peribadi daripada anak di bawah umur atau menawarkan untuk
menghantar apa-apa bahan promosi kepada orang dalam kategori tersebut.
Chunmi tidak
mencari atau berhasrat untuk mencari cara bagi mendapatkan apa-apa maklumat
peribadi daripada anak di bawah umur. Sekiranya ibu bapa atau penjaganya
mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa anak di bawah umur telah memberikan
maklumat peribadi kepada Chunmi tanpa persetujuan awal, sila hubungi
kami untuk memastikan bahawa maklumat peribadi dikeluarkan dan anak di bawah
umur berhenti melanggan mana-mana perkhidmatan Chunmi yang terpakai.
SUSUNAN KEUTAMAAN
Jika anda
bersetuju dengan Perjanjian Pengguna yang terpakai, sekiranya terdapat
percanggahan antara Perjanjian Pengguna dan Polisi Privasi ini, Perjanjian
Pengguna tersebut akan diguna pakai.
KEMAS KINI POLISI PRIVASI
Kami sentiasa
menyemak Polisi Privasi kami dan akan mengemas kini polisi privasi ini untuk
mewartakan perubahan kepada amalan maklumat kami. Jika kami melaksanakan
perubahan bahan pada Polisi Privasi kami, kami akan memberitahu anda melalui
e-mel (dihantar ke alamat e-mel yang dinyatakan dalam akaun anda) atau
menyiarkan perubahan pada semua laman web Chunmiatau melalui perisian
kami, supaya anda akan mengetahui maklumat yang kami kumpulkan dan bagaimana
kami menggunakannya. Perubahan sedemikian pada Polisi Privasi kami akan
terpakai daripada tarikh kuat kuasa seperti yang dinyatakan di notis atau di
laman web. Kami menggalakkan anda untuk menyemak halaman ini secara berkala
untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai amalan privasi kami. Penggunaan
produk dan perkhidmatan anda yang berterusan di laman web, mudah alih dan/atau
mana-mana peranti lain akan diambil kira sebagai penerimaan Polisi Privasi yang
dikemas kini. Kami akan mendapatkan persetujuan baharu anda sebelum kami
mengumpulkan lebih banyak maklumat peribadi daripada anda atau apabila kami
ingin menggunakan atau mendedahkan maklumat peribadi anda untuk tujuan baharu.
ADAKAH SAYA HARUS BERSETUJU
DENGAN TERMA DAN SYARAT MANA-MANA PIHAK KETIGA?
Polisi Privasi
kami tidak terpakai kepada produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak
ketiga. Produk dan perkhidmatan Chunmi termasuk produk dan
perkhidmatan pihak ketiga serta pautan ke laman web pihak ketiga. Apabila anda
menggunakan produk atau perkhidmatan tersebut, mereka juga mungkin mengumpul maklumat
anda. Atas sebab ini, kami sangat menyarankan anda agar membaca polisi privasi
pihak ketiga sebagaimana anda telah meluangkan masa untuk membaca polisi
privasi kami. Kami tidak bertanggungjawab dan tidak dapat mengawal bagaimana
pihak ketiga menggunakan maklumat peribadi yang mereka kumpulkan daripada anda.
Polisi Privasi kami tidak terpakai kepada laman lain yang dipautkan daripada
perkhidmatan kami.
MEDIA SOSIAL (CIRI) DAN WIDGET
Laman web kami
menyertakan ciri-ciri media sosial, seperti butang Suka Facebook dan Widget,
seperti butang Kongsi ini atau program mini interaktif yang dijalankan di laman
web kami. Ciri-ciri ini boleh mengumpulkan alamat IP anda, halaman yang anda
lawati di laman web kami, dan akan menetapkan cookie untuk membolehkan Ciri
berfungsi dengan baik. Ciri media sosial dan Widget sama ada disimpan oleh
pihak ketiga atau disimpan terus di laman web kami. Interaksi anda dengan
Ciri-ciri ini ditadbir oleh polisi privasi syarikat yang menyediakannya.
DAFTAR MASUK TUNGGAL
Bergantung pada
bidang kuasa anda, anda mungkin boleh log masuk ke laman web kami menggunakan
perkhidmatan daftar masuk tunggal seperti Facebook Connect atau pembekal ID
Terbuka. Perkhidmatan ini akan mengesahkan identiti anda, memberi anda pilihan
untuk berkongsi maklumat peribadi tertentu (seperti nama dan alamat e-mel)
dengan kami, dan untuk mengisi semula borang pendaftaran kami. Perkhidmatan
seperti Facebook Connect memberi anda pilihan untuk menyiarkan maklumat tentang
aktiviti anda di laman web ini ke halaman profil anda untuk dikongsi dengan
orang lain dalam rangkaian anda.
PENDEKATAN KAMI UNTUK
MENGURUSKAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA DI BAWAH GDPR
Jika anda adalah
pengguna Kesatuan Eropah di bawah GDPR, Chunmi akan menyediakan pendekatan
sistematik untuk menguruskan data peribadi dengan melibatkan pekerja, proses
pengurusan dan sistem maklumat kami secara mendalam dengan menggunakan
metodologi pengurusan risiko. Menurut GDPR, contohnya, (1) Chunmi melantik seorang
Pegawai Perlindungan Data (DPO) yang mengawal perlindungan data, dan maklumat
perhubungan DPO tersebut ialah dpo@chunmi.com; (2) Chunmi melantik seorang
wakil (peguam pengalaman profesional yang kami lantik) di Eropah, dan maklumat
perhubungan wakil tersebut ialah representative@chunmi.com (3) prosedur seperti penilaian kesan
perlindungan data (DPIA).
HUBUNGI KAMI
Sekiranya anda
mempunyai sebarang ulasan atau soalan mengenai Polisi Privasi ini atau sebarang
pertanyaan berkaitan dengan pengumpulan, penggunaan atau pendedahan maklumat
peribadi anda oleh Chunmi, sila hubungi kami di alamat di bawah dengan merujuk
kepada "Polisi Privasi":
ShangHai Chunmi Electronics Technology
Co., Ltd.
Room 01-04, Building
2, Tengfei Lotus Business Park, No. 60 Naxian Road
Pudong District,
Shanghai, China
E-mel:
privacy@chunmi.com
Terima kasih
kerana meluangkan masa untuk memahami Polisi Privasi kami!